Friday, August 8, 2014

Jiwa Tenang dengan bertakaful. Jiwa terbelenggu dengan hutang!

Salam Jumaat sahabat.

Hari ni admin nak share sikit lar berkenaan hutang. Hutang seperti yang kita tahu memang dibolehkan dalam Islam. Islam membolehkan kita berhutang untuk memenuhi keperluan asas kita seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya.

Kalau kita berkemampuan, jangan cuba-cuba buat hutang! Bayar je cash terus. kalau tak dikawal, maka kita akan mengalami bebanan hutang yang tinggi seterusnya membelenggu jiwa kita.

Sama juga seperti sakit. Kita sedia maklum kita ni memang berisiko boleh jatuh sakit. bila? kat mana? masa? tu semua Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

Nak cerita pengalaman seorang saudara ni baru-baru ni yang ada meeting di Kuala Lumpur. Dia ni dari Kelantan turun KL by flight. Setibanya di KL, dia pergi makan kat sebuah restoran. Tiba-tiba tengah makan tu, perutnya rasa sakit sangat sehinggakan nak bangun pun tak boleh. Sakit nya sehinggakan nak menjerit menangis pun ada! katanya.

Mujur ada anak buah di KL. Dia terus menelefon anak buahnya supaya datang ke restoran tersebut. Mereka pun terus menuju ke hospital Tawakkal untuk check sakit apa sebab dah tak tahan dah.

Setelah didiagnosis, rupa-rupanya saudara ni ada batu karang. Dia pun bagitahu doktor nak buang terus batu karang tu. Malam tu terus masuk wad dan pagi esoknya dia telah selamat dibedah. Rawatan tersebut menggunakan laser dan tahu tak bil hospitalnya berapa? RM 7000++ jer...

Alhamdulillah nasib baik ada medical card katanya. Bil rawatan tu semua medical card yang bayarkan. Kalau tidak, dengan siapa lar aku nak berhutang katanya. RM 7000 tu banyak tu katanya. kalau aku pergi hospital kerajaan, entah bila lar time aku dapat dibedah. Tak tahan nak tanggung sakit lama-lama. Mujur ada medical card katanya.

Macam tu lar cerita saudara tu kepada admin. Nasib baik ko dah ambil kad medical awal2. kalau takde kad medikal tu, kena ler pinjam duit dengan sesiapa tu pun kalau orang tu nak bagi lar RM 7000...


Kesimpulannya admin menasihatkan yang membaca post ini,

1. Apply takaful masa usia masih muda sebab harga takaful lebih murah ketika muda.

2. Apply takaful cepat-cepat jika anda rasa diri anda ni amat mudah jatuh sakit. Jangan bermain dengan risiko! Kalau dah kena penyakit, tiada lagi syarikat takaful yang ingin melindungi anda.

3. Jangan menyusahkan orang lain dengan berhutang daripada mereka padahal anda memang mampu untuk mendapatkan perlindungan takaful serendah RM 75.00 sahaja setiap bulan!

4. Tolong rancang kewangan anda ketika anda senang kerana ketika anda susah tiada apa lagi yang boleh dirancang.

5. Ingatlah 5 perkara iaitu

      1. Sihat sebelum sakit. 
      2. Muda sebelum tua. 
      3. Kaya sebelum miskin. 
      4. Lapang sebelum sempit. 
      5. Hidup sebelum mati.








Setakat itu sahaja post kali ini. semoga berjumpa lagi. Wassalam

Monday, August 4, 2014

Dapatkan perlindungan lebih Mudah dan Pantas dengan Aia Public Takaful

Permohonan sahabat lebih cepat dan pantas kerana kami akan memproses permohonan anda menggunakan iPad. Tiada lagi borang untuk diisi semuanya paperless. Lebih pantas dan mudah. Ini akan mempercepatkan proses anda untuk mendapatkan perlindungan yang anda inginkan. Tiada lagi proses yang merumitkan anda.




Brochure A-LifeLink-i untuk tatapan anda









Hubungi kami sahabataia 0136861555 untuk keterangan lanjut.
Kami bersedia memberikan khidmat nasihat untuk anda mendapatkan pelan takaful terbaik.

Pelan Perlindungan beserta Pelaburan A-LifeLink-i bermula dengan RM 150.00 sahaja

Salam sahabat.

Kali ini sahabat nak kongsikan satu lagi pelan takaful AIA Public Takaful iaitu A-LifeLink-i. Pelan ini merupakan pelan perlindungan beserta pelaburan. Ini bermaksud ada pulangan kepada pencarum berbanding pelan medical card standalone A-Life Med Regular-i yang tiada pulangan kepada pencarum.

Perbezaannya:
A-LifeLink-i                 -----> pelaburan dan perlindungan
A-Life Med Regular-i   -----> perlindungan sahaja (medical card menanggung bil hospital)


Ciri - ciri pelan A-LifeLink-i 


1. Perlindungan dan Penabungan dalam satu pelan














2. Fleksibiliti dalam Perlindungan dan Penabungan














3. Perlindungan Tambahan melalui Bonus Ulang Tahun 















4. Perlindungan Berterusan selama 5-Tahun 













5. A-Plus DisabilityCare-i 


Percuma APDC
Maxima APDC Percuma
• Kepada mana-mana satu hayat sehingga RM8 juta (sehayat)
 (untuk orang sihat)
• Juvenil* sehingga RM1.25 juta (sehayat)
• Pesara sehingga RM500k (sehayat)


So kesimpulannya A-LifeLink-i,

• Sebuah pelan Takaful berkaitan pelaburan dengan caruman tetap yang memberi
perlindungan sehingga umur 100 tahun

• Manfaat Kematian
    o Jumlah Perlindungan + Bonus Ulang Tahun + Nilai Akaun

• Manfaat Hilang Upaya Penuh dan Kekal (TPD)
    o Memberi perlindungan sehingga umur 70 tahun kepada Orang Dilindungi
    o Jumlah Perlindungan + Bonus Ulang Tahun
    o Manfaat yang dibayar adalah bergantung pada definisi hilang upaya
    o Kematangan atau penyerahan nilai akaun masih kekal apabila tuntutan TPD dibuat
       dan akan dibayar selepas penamatan Sijil

• Manfaat Kematangan
    oNilai Akaun

• Penyerahan / Manfaat Pengeluaran Sepenuh
    oNilai Akaun

Pelan A-LifeLink-i juga boleh dicampurkan dengan rider. Contohnya nak medical card sekali pun boleh. Antara rider yang boleh ditambahkan ialah:

















A-Plus Med-i





















A-Plus HospitalIncomeExtra-i















A-Plus Venuz-i & A-Plus VenuzExtra-i

























A-Plus CriticalCare-i 



• Melindungi 36 Penyakit Kritikal 
• Pembayaran sekali gus dari Jumlah Perlindungan asas 
sekiranya anda disahkan menghidapi penyakit kritikal atau 
menjalani pembedahan yang dilindungi* 
• Bonus Ulang Tahun** - Jumlah Perlindungan bertambah pada 
1% daripada Jumlah Perlindungan Asas bermula dari Tahun 
Sijil ke-2 sehingga Tahun Sijil ke-20 



A-Plus Early CriticalCare-i 

















A-Plus MultiCriticalCare-i
















A-Plus GenNext-i

















A-Plus AccidentShield-i & 
A-Plus TotalAccidentShield-i 















A-Plus Disability Cash-i


















A-Plus WaiverExtra-i















A-Plus PayorExtra-i


















Hubungi kami sahabataia 0136861555 untuk penerangan lebih lanjut. Kami sedia membantu anda mendapatkan pelan takaful terbaik kepada anda.

Sunday, August 3, 2014

Salam Sahabat

Salam pengunjung blog sahabat AIA.

Welcome to blog Sahabat AIA. Tq yer sebab sudi singgah di blog sahabat. Blog sahabat AIA ni dibuat untuk memberi pendedahan kepada semua mengenai takaful dan kesedaran betapa pentingnya takaful di dalam kehidupan seseorang.

Anda tahu tak apa itu Takaful? Dipendekkan cerita, takaful ni sama macam insuran cuma yang bezanya takaful ialah suatu sistem perniagaan muamalah islam yang patuh syariah manakala insuran kovensional pula dananya dilaburkan ke gambling dan tidak patuh syariah. Kalau nk lebih detail tentang perbezaan takaful dan insuran nanti sahabat letak kat post baru k. Yang penting kesimpulannya takaful adalah patuh syariah dan halal untuk disertai.

Sebenarnya tujuan sahabat berkecimpung dalam bidang takaful ini ialah untuk menyedarkan sahabat-sahabat sekalian betapa pentingnya takaful. Tidak kiralah takaful daripada syarikat mana sekalipun, anda perlu memperuntukkan sedikit daripada pendapatan anda untuk takaful. Kenapa? Sebab takaful lah yang akan menolong anda ketika anda jatuh sakit nanti.

Saya tidak akan jatuh sakit! Erm, rasa-rasa ada tak yang berani cakap macam tu? Sahabat rasa memang takde manusia yang takkan sakit di muka bumi Allah ni walaupun anda seorang Raja yang banyak duit, walaupun anda seorang doktor yang pakar dalam perubatan ataupun anda itu separuh robot! Semua manusia akan jatuh sakit dan akhirnya sampai ke penghujung umur kita. 

Yang menjadi tanya tanya ialah bila kita akan jatuh sakit? Tarikh kita mati bila? Itu semua tidak mampu kita nak tahu sebab hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui semua itu.

Jangan bermain risiko dengan kesihatan! Anda rasa anda sihat selama ini. Tidak pernah mengalami sakit teruk. Kalau kena penyakit pun hanya demam biasa jer. Alhamdulillah anda telah dikurniakan badan yang sihat oleh Allah SWT. Walaubagaimanapun, anda perlu bersedia kerana kekuatan tubuh badan kita akan merosot seiring dengan umur kita. Itu sebab risiko kesihatan bertambah seiring dengan umur kita.

Lindungilah diri anda ketika sihat! Ya memang benar lindungilah diri anda dengan takaful yang bersesuaian dengan diri anda serta kemampuan anda sekarang kerana ketika anda sudah jatuh sakit baru hendak memohon, kemungkinan syarikat takaful akan mengenakan exclusion ataupun loading ke atas polisi anda ataupun tidak layak lagi untuk memohon. Itu semua tertakluk kepada keputusan pengendali takaful.

Anda perlu ingat! Kos perubatan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Gaji anda setiap bulan mungkin tidak mampu untuk membayar kos perubatan anda.

Peruntukkan duit gaji untuk takaful! Mungkin anda terasa terbeban untuk memotong gaji anda untuk takaful tapi tahukah anda pemotongan gaji anda itu lah yang akan membantu anda membayar kos rawatan perubatan berjumlah ribuan ringgit.

Jangan berkira-kira dengan pelaburan kesihatan! Sedar atau tidak kesihatan adalah perkara paling penting dalam kehidupan. Tanpa badan yang sihat, anda sudah tentu tidak boleh nak bekerja malah perkara paling teruk mungkin diberhentikan kerja! Mana nak cari sumber kewangan kalau dah tak bekerja? Sahabat berdoa perkara macam ni minta dijauhkan berlaku kepada diri kita. 

Bertindak sekarang! Percayalah bahawa melabur dengan takaful tidak akan merugikan anda. Pilihlah perlindungan takaful yang terbaik untuk anda dan bersesuaian dengan kemampuan anda. Pilihlah AIA Public Takaful sebagai perlindungan takaful anda sekarang!

Ayuh, dapatkan quotation percuma daripada kami!
Sertakan nama, jantina, umur, merokok atau tidak, pekerjaan, bajet

Hubungi 0136861555 (sahabataia)
Emel: sahabataia@gmail.com
Instagram akaun 1 : sahabataia
Instagram akaun 2 : sahabataiagroup

Brochure medical card Aia Public Takaful untuk bacaan sahabat

Di Aia Public Takaful, pelan medical card dipanggil A-Life Med Regular-i. Sahabat baca dahulu kalau tak faham tanyalah kami 0136861555. Kami sedia membantu anda untuk mendapat perlindungan takaful yang terbaik.