Friday, August 8, 2014

Jiwa Tenang dengan bertakaful. Jiwa terbelenggu dengan hutang!

Salam Jumaat sahabat.

Hari ni admin nak share sikit lar berkenaan hutang. Hutang seperti yang kita tahu memang dibolehkan dalam Islam. Islam membolehkan kita berhutang untuk memenuhi keperluan asas kita seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya.

Kalau kita berkemampuan, jangan cuba-cuba buat hutang! Bayar je cash terus. kalau tak dikawal, maka kita akan mengalami bebanan hutang yang tinggi seterusnya membelenggu jiwa kita.

Sama juga seperti sakit. Kita sedia maklum kita ni memang berisiko boleh jatuh sakit. bila? kat mana? masa? tu semua Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

Nak cerita pengalaman seorang saudara ni baru-baru ni yang ada meeting di Kuala Lumpur. Dia ni dari Kelantan turun KL by flight. Setibanya di KL, dia pergi makan kat sebuah restoran. Tiba-tiba tengah makan tu, perutnya rasa sakit sangat sehinggakan nak bangun pun tak boleh. Sakit nya sehinggakan nak menjerit menangis pun ada! katanya.

Mujur ada anak buah di KL. Dia terus menelefon anak buahnya supaya datang ke restoran tersebut. Mereka pun terus menuju ke hospital Tawakkal untuk check sakit apa sebab dah tak tahan dah.

Setelah didiagnosis, rupa-rupanya saudara ni ada batu karang. Dia pun bagitahu doktor nak buang terus batu karang tu. Malam tu terus masuk wad dan pagi esoknya dia telah selamat dibedah. Rawatan tersebut menggunakan laser dan tahu tak bil hospitalnya berapa? RM 7000++ jer...

Alhamdulillah nasib baik ada medical card katanya. Bil rawatan tu semua medical card yang bayarkan. Kalau tidak, dengan siapa lar aku nak berhutang katanya. RM 7000 tu banyak tu katanya. kalau aku pergi hospital kerajaan, entah bila lar time aku dapat dibedah. Tak tahan nak tanggung sakit lama-lama. Mujur ada medical card katanya.

Macam tu lar cerita saudara tu kepada admin. Nasib baik ko dah ambil kad medical awal2. kalau takde kad medikal tu, kena ler pinjam duit dengan sesiapa tu pun kalau orang tu nak bagi lar RM 7000...


Kesimpulannya admin menasihatkan yang membaca post ini,

1. Apply takaful masa usia masih muda sebab harga takaful lebih murah ketika muda.

2. Apply takaful cepat-cepat jika anda rasa diri anda ni amat mudah jatuh sakit. Jangan bermain dengan risiko! Kalau dah kena penyakit, tiada lagi syarikat takaful yang ingin melindungi anda.

3. Jangan menyusahkan orang lain dengan berhutang daripada mereka padahal anda memang mampu untuk mendapatkan perlindungan takaful serendah RM 75.00 sahaja setiap bulan!

4. Tolong rancang kewangan anda ketika anda senang kerana ketika anda susah tiada apa lagi yang boleh dirancang.

5. Ingatlah 5 perkara iaitu

      1. Sihat sebelum sakit. 
      2. Muda sebelum tua. 
      3. Kaya sebelum miskin. 
      4. Lapang sebelum sempit. 
      5. Hidup sebelum mati.








Setakat itu sahaja post kali ini. semoga berjumpa lagi. Wassalam

No comments:

Post a Comment