Sunday, August 3, 2014

Salam Sahabat

Salam pengunjung blog sahabat AIA.

Welcome to blog Sahabat AIA. Tq yer sebab sudi singgah di blog sahabat. Blog sahabat AIA ni dibuat untuk memberi pendedahan kepada semua mengenai takaful dan kesedaran betapa pentingnya takaful di dalam kehidupan seseorang.

Anda tahu tak apa itu Takaful? Dipendekkan cerita, takaful ni sama macam insuran cuma yang bezanya takaful ialah suatu sistem perniagaan muamalah islam yang patuh syariah manakala insuran kovensional pula dananya dilaburkan ke gambling dan tidak patuh syariah. Kalau nk lebih detail tentang perbezaan takaful dan insuran nanti sahabat letak kat post baru k. Yang penting kesimpulannya takaful adalah patuh syariah dan halal untuk disertai.

Sebenarnya tujuan sahabat berkecimpung dalam bidang takaful ini ialah untuk menyedarkan sahabat-sahabat sekalian betapa pentingnya takaful. Tidak kiralah takaful daripada syarikat mana sekalipun, anda perlu memperuntukkan sedikit daripada pendapatan anda untuk takaful. Kenapa? Sebab takaful lah yang akan menolong anda ketika anda jatuh sakit nanti.

Saya tidak akan jatuh sakit! Erm, rasa-rasa ada tak yang berani cakap macam tu? Sahabat rasa memang takde manusia yang takkan sakit di muka bumi Allah ni walaupun anda seorang Raja yang banyak duit, walaupun anda seorang doktor yang pakar dalam perubatan ataupun anda itu separuh robot! Semua manusia akan jatuh sakit dan akhirnya sampai ke penghujung umur kita. 

Yang menjadi tanya tanya ialah bila kita akan jatuh sakit? Tarikh kita mati bila? Itu semua tidak mampu kita nak tahu sebab hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui semua itu.

Jangan bermain risiko dengan kesihatan! Anda rasa anda sihat selama ini. Tidak pernah mengalami sakit teruk. Kalau kena penyakit pun hanya demam biasa jer. Alhamdulillah anda telah dikurniakan badan yang sihat oleh Allah SWT. Walaubagaimanapun, anda perlu bersedia kerana kekuatan tubuh badan kita akan merosot seiring dengan umur kita. Itu sebab risiko kesihatan bertambah seiring dengan umur kita.

Lindungilah diri anda ketika sihat! Ya memang benar lindungilah diri anda dengan takaful yang bersesuaian dengan diri anda serta kemampuan anda sekarang kerana ketika anda sudah jatuh sakit baru hendak memohon, kemungkinan syarikat takaful akan mengenakan exclusion ataupun loading ke atas polisi anda ataupun tidak layak lagi untuk memohon. Itu semua tertakluk kepada keputusan pengendali takaful.

Anda perlu ingat! Kos perubatan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Gaji anda setiap bulan mungkin tidak mampu untuk membayar kos perubatan anda.

Peruntukkan duit gaji untuk takaful! Mungkin anda terasa terbeban untuk memotong gaji anda untuk takaful tapi tahukah anda pemotongan gaji anda itu lah yang akan membantu anda membayar kos rawatan perubatan berjumlah ribuan ringgit.

Jangan berkira-kira dengan pelaburan kesihatan! Sedar atau tidak kesihatan adalah perkara paling penting dalam kehidupan. Tanpa badan yang sihat, anda sudah tentu tidak boleh nak bekerja malah perkara paling teruk mungkin diberhentikan kerja! Mana nak cari sumber kewangan kalau dah tak bekerja? Sahabat berdoa perkara macam ni minta dijauhkan berlaku kepada diri kita. 

Bertindak sekarang! Percayalah bahawa melabur dengan takaful tidak akan merugikan anda. Pilihlah perlindungan takaful yang terbaik untuk anda dan bersesuaian dengan kemampuan anda. Pilihlah AIA Public Takaful sebagai perlindungan takaful anda sekarang!

Ayuh, dapatkan quotation percuma daripada kami!
Sertakan nama, jantina, umur, merokok atau tidak, pekerjaan, bajet

Hubungi 0136861555 (sahabataia)
Emel: sahabataia@gmail.com
Instagram akaun 1 : sahabataia
Instagram akaun 2 : sahabataiagroup

No comments:

Post a Comment